Game Baru Star Wars Pada 2021 Dilaporkan Akan Menjadi Permulaan Kepada Saga Filem Yang Baru

Keluarnya Star Wars: The Rise of Skywalker menandakan berakhirnya Skywalker Saga yang bermula pada tahun 1977.

Peminat tegar Star Wars telah menanyakan soalan ini — apakah hala tuju Star Wars selepas ini? Ke mana Star Wars akan pergi setelah tamatnya kisah Skywalker? Persoalan ini mungkin bakal terjawab melalui satu cara yang kita mungkin tidak sangka.

Era baru Star Wars dilaporkan akan bermula dengan sebuah game terbaru yang bakal dilancarkan pada tahun 2021, lapor MakingStarWars.net.

Project Luminous, perancangan yang digelar Disney terhadap apa yang bakal berlaku dalam dunia Star Wars selepas The Rise of Skywalker dikhabarkan akan dimulakan dengan sebuah game flagship. Melalui game ini, ia akan dikembangkan menjadi pelbagai koleksi baru seperti buku-buku, komik, dan seterusnya menjadi beberapa siri filem baru untuk Star Wars.

Apa yang lebih menarik adalah timeline untuk dunia Star Wars yang baru ini ialah kira-kira 300 hingga 400 tahun sebelum bermulanya Skywalker Saga atau The Phantom Menace. Zaman baru ini akan dikenali sebagai ‘The High Republic Era’.

Malah, ada juga laporan yang mengatakan The High Republic Era ini akan memperlihatkan Yoda semasa muda dan cergas, bukan seperti Yoda kita saksikan dalam trilogi prekuel yang sudahpun menjadi Grandmaster Jedi. Ia juga merupakan zaman di mana Sith sudahpun mempunyai tradisi ‘Rule of Two’ yang diasaskan oleh Darth Bane.

Game baru yang dikatakan akan dilancarkan pada 2021 itu masih lagi belum diketahui studio manakah yang akan membangunkannya, namun kemungkinan besar ia akan diterbitkan oleh Electronic Arts (EA) — sekiranya Disney masih lagi mahu memberikan lesen video game Star Wars kepada EA.

Melihat kepada kejayaan Star Wars Jedi: Fallen Order yang kembali membawakan game Star Wars berasaskan story single-player, pastinya EA dan Disney tiada sebarang masalah untuk ditimbulkan.

Laporan ini semestinya sesuatu yang agak menarik untuk kita berspekulasi. Memulakan sebuah era baru dalam Star Wars melalui video game — pastinya sesuatu yang mengujakan untuk para gamer!

JomKomen!