Sebuah game Star Wars baharu telah diumumkan oleh EA, yang mana trailer pertamanya akan diperlihatkan pada minggu hadapan.
Selain hanya mendedahkan judulnya, iaitu Star Wars Squadrons, tiada sebarang butiran lanjut diumumkan. Walau bagaimanapun, daripada poster pertama yang diperlihatkan, kita dapat lihat yang game ini nanti kemungkinan akan memfokuskan kepada pertempuran udara antara Tie Fighter dengan X-Wing. Malah kapsyen yang digunakan ialah “Pilots Wanted”.
Trailer pertama Star Wars Squadrons akan diperlihatkan pada 15 Jun ini, 11 malam. Korang boleh saksikannya di laman Youtube EA Star Wars.
Pilots Wanted. Tune in for the reveal trailer of #StarWarsSquadrons this Monday, June 15th at 8:00 AM Pacific Time: https://t.co/ULwkIhQy2y pic.twitter.com/L0Z3jC2c3j
— EA Star Wars (@EAStarWars) June 12, 2020
Comments
Loading…