in , , , ,

Game Baharu Dari Pembangun A Way Out Berjudul It Takes Two – Co-Op Aksi Platformer

Seperti dijanjikan, Hazelight Studios telah memperkenalkan game yang sedang mereka bangunkan, diberi nama It Takes Two.

Semasa EA Play Live yang berlangsung tadi, pengarahnya, Josef Fares telah berkongsikan visi yang dipegang oleh studio mereka, seterusnya mendedahkan serba sedikit tentang game baharu itu yang bergenre co-op aksi platformer.

Dua pemain diperlukan untuk mengawal May dan Cody. Di kala pasangan suami isteri ini diambang penceraian, entah bagaimana, minda mereka telah dipindahkan ke dua anak patung yang dibuat oleh anak perempuannya, Rose, yang mewakili kedua-dua ibu bapanya itu. Kini, misi May dan Cody adalah untuk kembali ke jasad asal mereka.

It Takes Two akan dilancarkan ke PC, PS4 dan Xbox One pada tahun ini. Tiada tarikh tepat diumumkan buat masa ini.

Walaupun belum lagi memaparkan gameplay sebenar, korang boleh saksikan video penerangan daripada Fares di bawah, yang turut menyelitkan sedikit paparan game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Apex Legends Mainkan Plot Twist Dalam Memperkenalkan Legend Baru Untuk Season 4

Sokongan Cross-Play Apex Legends Bakal Tiba, Pelancaran Ke Switch Diumumkan

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

Ini Trailer Gameplay Star Wars Squadrons – Simulator Kapal Perang Star Wars Yang Sebenar