in , ,

Game Awek Dengan Pedang Gunting – Kill La Kill The Game Diumumkan!

Satu lagi siri anime diberi nafas baru sebagai video game!

Arc System Works telah mengumumkan mereka akan menerbitkan game berdasarkan siri anime, Kill La Kill – yang dinamakan Kill La Kill The Game.

Anime yang diterbitkan oleh Trigger Studio pada tahun 2013 ini mengisahkan seorang gadis remaja yang ingin membalas dendam atas kematian ayahandanya, di dalam dunia di mana insan menggunakan kuasa yang terdapat pada pakaian-pakaian istimewa yang dibuat daripada Life Fibers.

Kill La Kill The Game pula akan dibangunkan oleh A+ Games dan khabarnya akan diterbitkan pada tahun 2019 nanti. Tiada maklumat lanjut berkenaan platform dan jalan cerita berkenaan game ini diumumkan.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kelihatan Kacak Bergaya, PES 2019 Keluarkan Video Trailer Khas Menampilkan David Beckham

Ketagihan Kepada Video Game Kini Adalah Penyakit Yang Diiktiraf Oleh WHO