Tidak banyak yang diketahui tentang projek game Avengers dari Square Enix yang mana sedang dihasilkan oleh studio yang mencipta Tomb Raider, Crystal Dynamics. Tapi nampaknya, studio itu sedang membawa masuk banyak pembangun video game veteran.
Pembangun-pembangun yang menyertai Crystal Dynamics ialah dari Naughty Dog (The Last of Us), Monolith (Middle-Earth: Shadow of War), Sledgehammer Games (Call of Duty: WW II) dan banyak lagi.
Hari ini, studio itu mengumumkan 15 orang baru yang menyertai Crystal Dynamics. Bekas Pengarah Kreatif Naughty Dog, Shaun Escayg, yang pernah bertindak sebagai Pengarah Kreatif dan penulis untuk Uncharted: The Lost Legacy. Beliau akan berperanan sebagai Pengarah Kreatif untuk Avengers.
“Saya sangat teruja untuk menyertai Crystal sebagai Pengarah Kreatif dan bekerjasama dalam sebuah pasukan yang bersemangat dalam menceritakan sebuah karakter berdasarkan kepada jalan cerita,” kata Shaun Escayg.
Stephen Barry, yang mana pernah bekerja dengan EA, merupakan bekas Pengarah Produk Pembangunan di Visceral Games (Battlefield Hardline, Dead Space).
Akhir sekali, Ketua-bersama studio, Scot Amos dan Ron Rosenberg memberikan sedikit kata tentang projek tersebut.
“Kami komited untuk membawakan sebuah pengalaman Avengers yang terbaik kepada gamers dan itu bermakna kami selalu mencari untuk menambah pambangun-pembangun yang mempunyai bakat terbaik ke dalam studio kami. Untuk perkembangan pembangunan, studio kami terus berkembang. Perkembangan yang cemerlang yang kami sudah lakukan. Projek Avengers terus mendorong kami kepada matlamat untuk mencipta sesuatu yang mana semua peminat Marvel boleh banggakan dan akan terus bermain selama bertahun-tahun. Kami tidak sabar untuk tunjukkan kepada kamu semua apa yang kami maksudkan di masa depan.” – Scot Amos.
“Baru-baru ini, kami membawa masuk lima belas individu veteran yang merangkumi kepimpinan produksi, animasi, pereka, seni dan kejuruteraan, yang mana mereka sebelum ini pernah menghasilkan game seperti Batman: Arkham Origins, Dead Space, Star Wars: Battlefront dan banyak lagi. Pengalaman mereka menghasilkan game AAA menambah kepada apa yang sedang dihasilkan sekarang. Membuatkan kami berada di posisi yang baik untuk membawakan matlamat tertinggi kami untuk projek Avengers. Ia merupakan tambahan terbaik untuk semua orang yang sesuai ke dalam pengalaman kami untuk mencipta sebuah game yang kami sayangi.” – Ron Rosenberg.
Sumber: MP1st
Comments
Loading…