in , , ,

Game AR Mobile The Witcher Diumumkan, Tangkap Raksasa Macam Pokemon Go

CD Projekt Red telah mengumumkan satu lagi game mobile yang berada dalam dunia The Witcher yang sudah cukup sinonom dengan studio dari Poland itu.

Kali ini, diberi judul The Witcher: Monster Slayer, ia merupakan game mobile bergenre augmented-reality (AR). Senang cerita, game ini akan mengangkat pemain sebagai seorang Witcher ke merata lokasi untuk menangkap dan menghapuskan raksasa seumpama Pokemon Go.

Tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini, namun mereka menyatakan yang ia akan boleh dimainkan secara percuma (free-to-play) di iOS dan Android tidak lama lagi.

The Witcher: Monster Slayer akan turut menyajikan naratif penceritaan dalam dunia siri Witcher, namun ia akan menggunakan latar belakang jauh lebih ke belakang sebelum kemunculan Geralt of Rivia.

Game ini sedang dibangunkan oleh studio Spokko, sebuah syarikat pembangunan game mobile, juga dari Poland, yang telah dibeli oleh CD Projekt Red pada tahun 2018.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tarikh Pelancaran Call of Duty: Black Ops Cold War Diumumkan Dalam Trailer Terbaru

Tarikh Pelancaran Call of Duty: Black Ops Cold War Diumumkan Dalam Trailer Terbaru

Auto Draft

Trailer Medal Of Honor: Above And Beyond Memaparkan Ejen OSS Semasa Perang Dunia Kedua