in , , , ,

Game Alice Yang Dicipta American McGee Akan Diadaptasi Ke Siri TV, Diterajui David Hayter

Game action-adventure-horror, direka oleh American James McGee, merupakan salah satu underrated game yang pernah diterbitkan EA, menyentuh tentang kesihatan mental dan kepayahan seorang gadis bernama Alice. Kisah game ini berdasarkan karya Lewis Caroll yang menulis novel Alice’s Adventures in Wonderland dan Through the Looking-Glass.

Radar Pictures milik Ted Field telah mendapat hak Alice dari American McGee, dan penulis beberapa filem X-Men, David Hayter akan memimpin adaptasi ini sebagai teraju utama, dengan kerjasama Abandon Entertainment.

Siri tv ini, yang menyaksikan EA terus meluaskan pasaran video game dengan menyalur ke kaca TV, akan dibangunkan sebagai rawatan skrin kecil pertama bagi francais Alice. Belum ada lagi penyiar atau platform penstriman yang memperoleh hak untuk siri yang masih dalam pembikinan ini.

“David Hayter membawa imaginasi, pengalaman dan kemahiran menyelinap senyap yang diperoleh melalui misi yang berjaya dalam filem, TV dan video game – gabungan unik yang pasti menjadikan pengembaraan ke Wonderland ini berjaya untuk francais dan peminat. Saya teruja untuk bekerja dengannya dan tahu peminat Alice akan menyambutnya dengan penuh kasih sayang,” McGee berkata dalam satu kenyataan ketika francais Alice dibangunkan untuk TV.

David Hayter. Sumber gambar: The Nerd Stash

Hayter terkenal sebagai penulis lakon layar untuk filem box-office seperti X-Men, X-Men 2, Watchmen, The Scorpion King dan Netflix’s Warrior Nun.

Selepas McGee membangunkan dan merekabentuk game DOOM dan Quake, McGee mencipta Alice dan membangunkan Alice: Madness Returns, Akaneiro: Demon Hunters dan Grimm. Buat masa ini, McGee sedang membangunkan sekuel Alice: Asylum dan Oz: Adventures, game naratif berdasarkan novel klasik L. Frank Baum.

Alice in Madness boleh dimain di PC melalui Humble Bundle, dan juga boleh didapati dari langannan Xbox Game Pass di Xbox sahaja.

Sumber: Hollywood Reporter

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mason Greenwood Dibuang Dari FIFA 22 Selepas Kes Penderaan Seksual, Masih Kekal Dalam Football Manager 2022

Ini 30 Minit Gameplay Terbaharu Gran Turismo 7, Dilancarkan 4 Mac Untuk PS4, PS5