in ,

Game Adaptasi Squid Game? Netflix Tak Tolak Kemungkinan

Apakah siri televisyen yang paling hangat diperkatakan sejak sebulan yang lepas? Ya, Squid Game di Netflix.

Sebagai sebuah drama yang mengetengahkan permainan kejam seumpama genre battle royale, para peminat sentiasa menantikan sama ada siri itu akan diadaptasi kepada sebuah video game.

Bercakap kepada The Hollywood Reporter, Naib Presiden Kandungan Asia Pasifik Netflix, Minyoung Kim tidak menolak kemungkinan yang siri popular itu bakal diadaptasi ke video game pula.

Ketika diajukan soalan tentang apakah perancangan seterusnya francais itu selepas menjadi fenomena global, Kim berkata:

“Kami sedang melihat pelbagai ruang berbeza — dari game, produk pengguna dan lain-lain — untuk mengenalpasti apakah yang boleh dibawakan kepada audiens bagi meningkatkan ikatan mereka terhadap kandungan kami dan memberikan mereka lebih keseronokan, dalam masa terus kekal asli kepada dunia yang pencipta kami telah bina.”

Langkah untuk adaptasi Squid Game ke sebuah video game tentunya bukan sesuatu yang mengejutkan, lebih-lebih lagi Netflix kini sudah masuk ke arena industri gaming.

Sekiranya mereka ingin membikin sebuah game adaptasi yang memfokuskan kepada online multiplayer, kami terfikir sebuah game seumpama Fall Guys, namun dalam tema yang lebih ‘dark’.

Tapi tentunya, mereka memerlukan sebuah game dengan lobi yang lebih besar. Iyalah, nak kena ada 456 bilangan pemain, ya tak?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Semua Trailer Game Yang Ditunjukkan Di DC Fandome 2021

Fortnite Lancarkan Mode Dan Map Baru - Tiada Senjata, Hanya Lepak-Lepak Bersama Rakan-Rakan

Filem Fortnite Dilaporkan Sedang Dipertimbang Oleh Epic Games