Sejak hari pertama diperlihatkan, Nintendo Switch sentiasa mengagumkan para pemain melalui pelbagai rekaan, fungsi dan teknologi inovatif yang menarik.
Di sebalik reka bentuk fizikal Switch cantik yang dilancarkan pada 2017 ini, ia sebenarnya memiliki rekaan yang agak berbeza di awal pembangunan. Satu gambar telah tersebar di Twitter, yang dimuatnaik oleh @forestillusion, memperlihatkan apa yang dikatakannya sebagai reka bentuk Switch pada tahun 2014.
Korang boleh lihatnya di bawah bagaimana rekaan konsolnya berbentuk seperti kotak yang tidak berapa sedap mata memandang. Komponen utama Switch, iaitu handheld itu pula mempunyai skrin yang penuh, sehingga stick kanan/kiri diletakkan di atas skrin itu sendiri — kelihatan seperti penggunaan touchscreen yang lebih banyak seperti telefon pintar.
Walau bagaimanapun, seperti biasa, kita tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen tertiris ini. Apakah ia adalah rekaan awal Siwtch yang sebenar atau hanya info palsu?
Comments
Loading…