in , ,

Gambar Set Penggambaran Pertama The Last of Us HBO Mengingatkan Babak Penuh Tragis Joel, Tommy, Sarah

Penggambaran drama bersiri The Last of Us terbitan HBO kini sudah memulakan penggambaran dan gambar pertama dari set penggambaran mungkin akan membuat peminat setia tersenyum.

Gambar ini dimuatnaik oleh Gabriel Luna, yang memegang watak Tommy, di Instagram, berkongsikan set penggambaran bersama Pedro Pascal (Joel), Nico Parker (Sarah) dan beberapa kru set yang lain, sambil meletakkan hashtag #MillerTime dan #TheLastOfUs.

Bagi kita yang sudah memainkan game pertama, tentunya melihat ketiga-tiga watak ini di dalam sebuah kereta mengingatkan kita kepada babak-babak awal dalam game tersebut. Mungkin gambar ini dirakam ketika mereka sedang mengadakan latihan untuk menghidupkan semula babak penuh tragis di mana Joel, Tommy dan Sarah di dalam kereta semasa serangan zombi baru bermula.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; dan Nico Parker sebagai Sarah.

Kerusi pengarah untuk episod pertama telah diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher: Monster Slayer Kini Boleh Dimainkan Di Malaysia Untuk iOS

Tarikh Pelancaran The Witcher: Monster Slayer Diumumkan, Bakal Tiba Ke iOS, Android Bulan Ini

Sony Ambil-Alih Nixxes Software, Syarikat Pakar Dalam Port Game Ke PC