in , ,

Gambar-Gambar Baharu Set Penggambaran The Last of Us HBO Kelihatan Mengagumkan

Beberapa gambar baharu di set penggambaran siri televisyen The Last of Us terbitan HBO telah tersebar di Internet.

Gambar-gambar ini tentunya babak dan lokasi yang cukup dikenali para peminat tegar game yang dibangunkan Naughty Dog itu, dan semuanya kelihatan amat mengagumkan dan mempunyai banyak persamaan dengan apa yang kita lihat dalam game asal.

Set pertama adalah Saint Mary’s Hospital, iaitu salah satu lokasi terakhir dalam game pertamanya. Inilah babak di mana Joel memutuskan untuk menyelamatkan dan membawa lari Ellie daripada tujuan asal remaja itu dibawa ke hospital tersebut.

Set kedua pula kelihatan seperti lokasi di kawasan perumahan di mana babak Joel, Ellie, Henry dan Sama dikejar zombi, yang kemudiannya Joel mengutip selaras sniper dan menembak satu per satu zombi itu.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah mengetahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; Anna Torv sebagai Tess; Nick Offerman sebagai BillMurray Bartlett sebagai Frank; dan Storm Reid sebagai Riley.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Gambar pertama dari set penggambaran pernah dikongsikan secara rasmi, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri tv adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

HBO telah mendedahkan sebelum ini yang siri ini tidak akan mula tayangan pada 2022.

The Last of Us merupakan siri tv hasil kerjasama HBO, Sony Pictures dan PlayStation Productions.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Another Crab’s Treasure: Game Macam Dark Souls, Tapi Main Sebagai Seekor Ketam

Sony Berkongsi Lanjut Senarai Game PlayStation Plus Baharu – Assassin’s Creed Valhalla, Red Dead Redemption 2, God of War, Ghost Of Tsushima, Death Stranding