in ,

Gambar Devkit PS5 Telah Tersebar Di Internet, Kini Kita Tahu Kenapa Ia Berbentuk “V”

Bulan Ogos lalu, kita telah dapat melihat illustrasi rekaan fizikal kit pembangunan (devkit) untuk PlayStation 5.

Terbaru, kita akhirnya dapat melihat sendiri rupa sebenar devkit ini. Gambar itu telah dimuatnaik oleh @Alcoholikaust di Twitter dan dilaporkan oleh Eurogamer — mempamerkan dua buah devkit PS5 bersebelahan, kedua-duanya menampakkan bentuk “V” yang pernah kita dalam illustrasi sebelum ini.

https://twitter.com/Alcoholikaust/status/1200796076535623681?s=20

Editor untuk The Verge, Tom Warren pula telah memetik tweet tersebut dengan mengesahkan ia adalah gambar devkit PS5 yang sahih. Beliau menjelaskan lagi bahawa bentuk “V” yang direka itu adalah supaya ia mudah untuk ditindan antara satu sama lain kerana para pembangun selalunya memerlukan beberapa konsol untuk melakukan percubaan-percubaan yang berat. Penyejukan akan dioptimakan untuk menolak udara keluar dari bahagian tepi dan tengah.

https://twitter.com/tomwarren/status/1200819299138592774?s=20

Bagi korang yang tidak tahu, devkit merupakan konsol awal yang diberikan kepada pembangun-pembangun game bagi mempersiapkan game mereka agar dapat dibangunkan dan dikeluarkan apabila PS5 dilancarkan kelak. Disebabkan pembangunan game semestinya mengambil masa yang lama sehingga beberapa tahun, rekaan fizikal akhir sesuatu konsol itu masih belum dimuktamadkan.

Jadi, korang tidak perlulah risau melihat devkit PS5 ini yang ‘buruk’, kerana ia bukan rekaan fizikal yang akan dibawa ke pasaran umum untuk dijual kepada pengguna akhir.

PlayStation 5 dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
EA Sports Berikan FIFA 20 Secara Percuma Untuk Tarik Pemain Berbelanja Dalam Ultimate Team

EA Sports Berikan FIFA 20 Secara Percuma Untuk Tarik Pemain Berbelanja Dalam Ultimate Team

Paderi Di Vatican Buka Server Minecraft Sendiri Untuk Wujudkan Komuniti Kurang Toksik

Paderi Di Vatican Buka Server Minecraft Sendiri Untuk Wujudkan Komuniti Kurang Toksik