Ini baru ada gaya Monster Hunter yang kita kenali.

Selepas gambar-gambar yang mengelirukan dan mengecewakan dari set filem Monster Hunter, Sony telah berkicau di Twitter dengan gambar berikut;

Dalam gambar tersebut, dapat dilihat Tony Jaa yang menghunus Giant Jawblade dengan pakaian lebih dekat dengan dunia Monster Hunter! Milla Jovovich juga memakai pakaian yang seakan-akan armor set Odogaron.

Di samping itu, sinopsis cerita filem ini juga didedahkan.

Terdapat sebuah dunia lain di balik dunia kita. Dunia itu dipenuhi raksasa merbahaya dan berkuasa. Apabila Lt. Artemis (Milla Jovovich) dan pasukannya tersadai di dunia asing tersebut, mereka perlu mempertahankan diri daripada makhluk-makhluk yang tidak lut akan senjata-senjata moden mereka. Untuk itu, Artemis perlu bekerjasama dengan lelaki misteri (Tony Jaa) yang menggunakan senjata ditempa dari bahagian badan makhluk-makhluk tersebut.

Filem Monster Hunter ini sedang dalam pembikinan dan belum diumumkan tarikh pelancarannya.

JomKomen!