in , ,

Galian Data Aplikasi Netflix Temui Gambar Ghost of Tsushima, DualSense – Kerjasama Netflix-PlayStation?

Sejak laporan mengenai perancangan Netflix untuk memasuki arena gaming sepenuhnya, ramai sudah mula berteka-teki apakah sebenarnya yang bakal dilakukan oleh syarikat gergasi penstriman itu.

Terkini, muncul pula khabar angin yang menjurus kepada kerjasama antara Netflix dengan Sony PlayStation.

Individu yang sering menggali data aplikasi-aplikasi untuk melihat apakah fail-fail yang terlindung di dalamnya, Steve Moser telah menemui sesuatu yang menarik selepas menggali data dalam aplikasi iOS Netflix.

Melalui penggaliannya, Moser telah menemukan nama kod yang sedang digunakan oleh Netflix terhadap fungsi gaming mereka, iaitu “Shark”.

Lebih menarik, beliau turut menemui gambar Ghost of Tsushima dan dua controller PS5, DualSense. Kemudian, logo ‘N Game” juga ditemui.

Ura-ura kuat mengatakan bahawa Netflix akan membawakan satu jenis langganan yang mengumpulkan barisan game untuk diakses, sama seperti Apple Arcade dan Xbox Game Pass.

Malah, kerjasama Sony dan Netflix bukanlah sesuatu yang baharu. April lalu, Netflix mendapat hak menayangkan filem-filem Sony Pictures selepas tamat tayangan di pawagam, bermula dengan filem Uncharted.

Sekiranya model bisnes seperti ini adalah sahih, ia akan menimbulkan satu tanda tanya kepada satu lagi servis dari Sony, PlayStation Now, iaitu servis penstriman yang boleh dikatakan tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Apa-apa pun, seperti biasa, selagi belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak yang terlibat, janganlah terlalu meletakkan harapan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bukan Sahaja Game Di Steam, Valve Akan Membenarkan Epic Games Store Dalam Steam Deck

Pemain Malaysia Akan Boleh Cuba Apex Legends Mobile Tidak Lama Lagi, Pra-Daftar Sekarang