in , , ,

Gal Gun Double Peace: Bakal Menerjah Ke Barat!

Dengan kata lain, Gal Gun Double Peace akan mendapat versi bahasa Inggeris, untuk PS4 dan Vita tahun ini!!

Pada korang yang tak tahu apa itu game Gal Gun, ia adalah game “railgun shooter”. Contoh terdekat adalah The House of The Dead ataupun Virtual Cops. Tetapi korang bukan akan menembak zombie ataupun penjenayah, tetapi menembak pelajar perempuan! Kenapa? Sebab mereka semua dah jatuh cinta dengan anda, disebabkan oleh panahan sang Cupid.

galgun_jpg

Dalam game ni, korang perlu tepis segala surat cinta dan ciuman, menerjah segala halangan untuk mencari cinta sejati dalam masa yang terhad, atau korang akan disumpah dan menjadi seorang yang forever alone! Tembak para pelajar dan guru dengan “pheromone shot” untuk menghalang mereka daripada mengganggu anda dalam mencari cinta sejati!

gal-gun-double-peace-screenshots-ps4-vita003

Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam game ini , berdasarkan apa yang ditulis oleh penerbit :

Railgun-shooter stail anime yang cantik!: Gunakan target cursor untuk menghalang para pelajar perempuan!

Story mode: Alami cerita dalam game ini dan saksikan sekiranya anda berjaya mencari cinta sejati di akhir game!

Score Attack: Main level tertentu untuk capai skor tertinggi.

Collection: Lihat pencapaian korang, galeri gambar dan juga informasi tentang semua gadis-gadis cantik di akademi!

gal-gun-double-peace-ps-vita-003

Pilih waifu korang!: Pilihan korang akan menukar jalan cerita dan jalan yang anda ambil sepanjang permainan.

Doki-Doki Mode : Naikkan kegembiraan gadis-gadis sehingga ke 11 dengan teknik yang megugat hati ini dan mendapat keputusan ‘Double Peace’! Dengan ini, cinta mereka akan mencurah-curah dan memberi efek bom yang membersihkan skrin daripada musuh-musuh yang datang!

Closet:  Anda boleh tukar apa yang dipakai oleh karakter perempuan di dalam game. Pelbagai pakaian dan kostum boleh diaplikasikan kepada pelbagai karakter mengikut citarasa. Terdapat juga kostum DLC untuk dibeli.

-Terdapat 450 panties untuk ditemui!

Ini pula livestream gameplay game ini. Saksikan!

Sebelum ini, Inti Creates telah mengumumkan bahawa mereka mencari dengan aktif untuk pengeluar untuk game ini dalam bahasa Inggeris. Sekarang, PQube akan mengendalikan tugas ini dan kita akan dapat main game ni dalam Bahasa Inggeris!

Daripada apa yang saya lihat, saya masih kurang pasti untuk beli ke tak game ni, tapi harap ada di antara korang yang berminat untuk membeli game ni di masa akan datang!

Written by Afiq Phirinko

Guest-writer untuk site JomGaming.my, juga seorang pelukis amatur yang suka main game JRPG dan aksi, di samping meminati superhero Jepun.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

JomRakam! Ep. 7: Sensei NBA 2K16 Tunjuk Skill!

Fallout 4: Jom Bina Bangunan Pencakar Langit!