Boooom!

Apa kandungan baru yang akan ditambah ke dalam Fortnite Battle Royale minggu ini? Mungkin satu jenis gajet yang tidak pernah korang jangkakan.

Epic Games telah mendedahkan yang gajet seperti letupan C4 akan diperkenalkan ke dalam game yang menjadi fenomena dunia kini itu. Buat masa ini, mereka belum dedahkan apakah nama yang diberikan kepada gajet itu, selain hanya mendedahkan gambar gajet tersebut.

Yang pasti, kegunaannya adalah untuk mewujudkan letupan dari jarak jauh.

Kami dah mula terbayang aksi dan momen yang bakal dirakam dengan menggunakan gajet ini. Tak sabar kami nak camping di satu sudut tangga di dalam bangunan tertinggi Tilted Towers, menanti musuh untuk naik dan tekan letupan ini.

Ataupun, campak gajet ini dari udara, semasa sedang rocket riding? Jom?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.