in , , , , ,

Gadis Gothic Vampire, Eliza Diumumkan Sebagai Karakter DLC Bonus Pre-Order!

Demam Tekken 7 semakin panas dengan pengumuman Eliza sebagai satu karakter di dalam fighting game itu nanti.

Selain diumumkan sebagai salah satu fighting game yang akan dipertandingkan di EVO 2017, Tekken 7 yang baru mengumumkan story trailer ini juga telah mengumumkan Eliza, seorang (seekor?) vampire gothic yang akan menyertai barisan fighters di dalam game itu nanti.

Diperkenalkan di Tekken Revolution, Eliza kembali sebagai karakter DLC yang boleh didapatkan sebagai bonus apabila korang pre-order game ini nanti.

Menurut Tekkenpedia, Eliza dilahirkan lebih 1,000 tahun dahulu dan selepas bangkit dari tidur selama ratusan tahun, beliau terperangkap di bawah kediaman keluarga Lili Rochefort!

Tekken 7 bakal diterbitkan 2 Jun 2017 bagi platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EVO 2017 Umumkan 8 Fighting Game Dipertandingkan, Game Ke-9 Terbuka Bagi Undian

Sambutan Tahun Baru Cina Lebih Meriah Bersama PlayStation Network Dengan Pelbagai Promosi Ditawarkan!