in , ,

Gabriel Luna Bawakan Watak Tommy Dalam The Last of Us HBO

Siri adaptasi The Last of Us yang sedang diterbitkan oleh HBO telah mengumumkan bahawa Gabriel Luna dipilih sebagai pelakon yang akan menghidupkan watak Tommy.

Berita ini dilaporkan oleh Variety, kemudian disahkan secara rasmi oleh akaun Twitter rasmi Naughty Dog.

Antara lakonan yang pernah dibawakan oleh Luna ialah dalam filem Terminator: Dark Fate, Wicked City, Rosewood, True Detective, dan Matador. Watak terkenal yang dibawanya adalah sebagai Robbie Reyes/Ghost Rider dalam Agents of S.H.I.E.L.D.

Sebelum ini, dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie.

Kerusi pengarah untuk episod pertama telah diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lagi Eksklusif PlayStation, Days Gone Dilancarkan Ke PC Mei Ini – Photo Mode, Ultra-Wide, Grafik Lebih Baik

Battlefield 6 Kemungkinan Besar Takkan Dilancarkan Ke PS4, Xbox One