in , , , ,

Gabe Newell: “Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5”

Perang konsol bakal memasuki ke era baharu pada hujung tahun ini. Terkini, Presiden dan pengasas Valve, Gabe Newell telah memilih “pasukan” mana yang beliau akan “sokong” dalam peperangan ini.

Ketika hadir di dalam rancangan bual bicara The Project di New Zealand, Newell telah ditanyakan konsol akan datang manakah yang beliau akan syorkan, dan beliau tidak berfikir panjang untuk terus memberikan jawapannya.

“Xbox Series X,” katanya dengan pantas. Kemudian apabila ditanyakan apakah sebabnya, menurutnya, konsol itu lebih bagus “kerana ia memang bagus’.

“Saya tiada kena mengena dengan perlumbaan [konsol] ini. Pastinya kami lakukan pembangunan kami di komputer peribadi, tapi daripada dua [konsol] itu saya semestinya akan dapatkan satu Xbox.”

Mungkin pemilihan Newell ini turut dipengaruhi bagaimana Xbox lebih kerap untuk mengeluarkan game-game mereka di PC. Hubungan yang baik antara Xbox dan Steam, yang dimiliki Valve, juga bukanlah satu rahsia.

Apatah lagi, baru-baru ini Sony telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM1 billion ke dalam Epic Games. Kita pun tahu bahawa Epic Games Store kini merupakan pesaing utama kepada Steam. Malah, bos Epic Games menyatakan yang penggunaan SSD membuatkan PS5 jauh lebih bagus daripada high-end PC.

Apakah kita sedang menyaksikan satu bentuk “peperangan bersekutu” baharu dalam industri gaming — Microsoft-Valve lawan Sony-Epic Games?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kemaskini Ghost of Tsushima Tambah Difficulty Yang Lebih Payah, Mode Yang Lebih Mudah

Guardian Tales Kini Dilancarkan Ke Seluruh Dunia - Game RPG Mobile Yang Santai Dan Comel

Guardian Tales Kini Dilancarkan Ke Seluruh Dunia – Game RPG Mobile Yang Santai Dan Comel