in , ,

Gabe Newell: Valve Sedang Bangunkan 3 Game VR, Teknologi VR Wayarles Sudah Hampir!

Maharaja Gaben mengumumkan pembikinan game-game VR oleh Valve. Sekali TIGA game VR sedang dibangunkan pula tu!

Menjawab soalan di sidang media baru-baru ini, Gabe Newell, presiden Valve menjelaskan penglibatan mereka di dalam pembangunan VIVE adalah bagi bereksperimen dengan teknologi tersebut.

“Ramai bertanya ‘Kenapa Valve terlibat di dalam pembangunan perkakasan?’ Kami sedang membangunkan 3 game VR. Jadi kami membikin perkakasan VR sambil membangunkan perisian VR. Ini adalah sesuatu yang sentiasa dilakukan oleh Miyamoto (Shigeru Miyamoto, pereka dan penerbit game di Nintendo), kan?”

“Miyamoto memiliki kebolehan untuk memikirkan perkakasan input dan rekaan sistem semasa beliau sedang membangunkan game. Kami berpendapat ianya akan membolehkan kami untuk membina pengalaman hiburan yang lebih baik untuk peminat.”

Beliau juga telah mengesahkan bahawa ketiga-tiga game tersebut adalah game penuh dan bukannya game-game pendek yang ada di dalam The Lab Valve. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, game-game tersebut akan dibangunkan menggunakan Unity dan Source 2 engine.

Menurut beliau, “Masa depan VR akan bergantung kepada headset VR yang lebih ringan dan canggih yang menggunakan kuasa pengkomputeran dan GPU yang lebih tinggi berbanding kebanyakan komputer masakini! Kami berharap AMD, Intel dan Nvidia boleh membuka sistem pembangunan VR kepada software developer kerana kita akan menggunakan CPU Intel dan AMD sehabisnya!”

“Saya menjangkakan ciri headset VR wayarles akan ditambah secara berasingan menjelang 2017, dan mula diintegrasi pada 2018!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Gabe Newell: Pertandingan DotA 2 The International Mungkin Diadakan Di Luar Amerika!

Gabe Newell: Pertandingan DotA 2 The International Mungkin Diadakan Di Luar Amerika!

DLC Hot Wheels Bakal Tiba Dalam Rocket League

DLC Hot Wheels Bakal Tiba Dalam Rocket League