in ,

Gabe Newell Sahkan Yang Valve Sedang Membangunkan Beberapa Game

Presiden Valve, Gabe Newell telah tampil dalam satu temuramah baharu bersama 1 News. Beliau bercakap tentang banyak perkara berkaitan gaming, serta turut mengesahkan satu berita yang agak menarik.

Gabe Newell, atau lebih mesra dengan panggilan Gaben, telah mendedahkan yang Valve kini sedang membangungkan beberapa game.

Pada mulanya, Gaben telah ditanyakan tentang khabar angin sebuah projek yang menggunakan nama kod ‘Citadel’.

“Kami mempunyai banyak nama kod — adakah kamu merujuk kepada satu nama kod?” kata Gaben.

“Saya tidak tahu ‘Citadel’ itu apa — apa itu Citadel? Untuk pengetahuan — secara dalaman kami mempunyai banyak nama berbeza dan ia sentiasa bertukar dari semasa ke semasa.”

Kemudian apa yang diperkatakannya selepas itu agak menark.

“Kami tentunya mempunyai beberapa game dalam pembangunan yang kami akan umumkannya — ia seronok untuk melancarkan game,” tambah beliau.

“[Half-Life] Alyx adalah sangat bagus — apabila kembali mencipta game single-player, ia mewujudkan banyak momentum di dalam syarikat untuk melakukan lebih banyak seperti itu.”

Walaupun telah mengesahkan yang Valve sedang membikin beberapa game, pastinya Gaben tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya. Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu dan berteka-teki apakah game yang sedang mereka bangunkan.

Half-Life 3? Portal 3?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tidak, Game Naughty Dog Seterusnya Bukan Zaman Pertengahan Berunsur Fantasi

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 - Akan Dilancarkan Pada Oktober

Peminat Mempertikaikan Kenapa Mbappe Ada Dalam FIFA 21 TOTY – Sebab Bintang Muka Depan?