in , , , , ,

Gabe Newell: Pertandingan DotA 2 The International Mungkin Diadakan Di Luar Amerika!

Berikutan isu polisi imigrasi baru oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Presiden Valve pula menyatakan kebimbangan beliau.

Tournament The International yang pertama pada tahun 2011 telah berlangsung di Gamescom di Cologne, Jerman. Selepas itu, ianya terus diadakan di Seattle, Amerika Syarikat.

Isu visa bagi atlit DotA 2 ke The International sememangnya rumit sejak di bawah pentadbiran Obama lagi dengan permohonan berkali-kali sebelum visa diluluskan. Dengan polisi baru dari Trump, ianya tambah merumitkan keadaan.

Erik Johnson, ketua projek DotA 2 dan Gabe Newell, Presiden Valve berkata Valve sedang berkira-kira untuk mengadakan The International di luar Amerika Syarikat.

“Kami akan tetap mengadakan acara tersebut,” kata Johnson. “Seeloknya ia diadakan di sini (Seattle) kerana beberapa kelebihan berada dekat dengan pejabat kami. Tetapi acara terebut perlu berlangsung. Jika ianya terlalu sukar, kami akan mencari jalan.”

Bagaimanapun arahan eksekutif Trump bukan sahaja memberi kesan kepada pemain game Valve, malahan kepada kakitangan Valve sendiri!

“Ada kakitangan kami yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing, kerana takut tidak dapat masuk kembali ke Amerika Syarikat! Mereka sudah berada di sini bertahun lamanya. Mereka membayar cukai…tetapi mereka tidak dapat meninggalkan negara ini bagi urusan kerja dan acara syarikat kerana mereka takkan dapat masuk kembali ke sini! Itu turut merisaukan kami!”

Valve menyertai beberapa syarikat antarabangsa di dalam protes mereka terhadap arahan eksekutif imigrasi Trump seperti Blizzard, Insomniac, Harmonix, Unity, Google, Microsoft, Facebook, Twitter, Apple, Zynga dan beberapa lagi syarikat termasuk syarikat pembangunan game Malaysia, Streamline Studios.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Siri Animasi TV Castlevania Bakal Epik Seperti Game of Thrones Dan Lord of the Rings!

Siri Animasi TV Castlevania Bakal Epik Seperti Game of Thrones Dan Lord of the Rings!

Gabe Newell: Valve Sedang Bangunkan 3 Game VR, Teknologi VR Wayarles Sudah Hampir!

Gabe Newell: Valve Sedang Bangunkan 3 Game VR, Teknologi VR Wayarles Sudah Hampir!