in , , , ,

Gabe Newell Mempertahankan CD Projekt Red Atas Pelancaran Teruk Cyberpunk 2077

Ikon industri gaming yang juga Presiden Valve, Gabe Newell telah tampil dalam satu temuramah baharu bersama 1 News. Beliau bercakap tentang banyak perkara berkaitan gaming, dan salah satunya adalah mengenai satu kontroversi yang masih hangat melanda dunia gaming.

Gabe Newell, atau lebih mesra dengan panggilan Gaben, telah mendedahkan yang beliau telahpun mula bermain Cyberpunk 2077 di PC dan menyatakan beberapa isu prestasi yang dialami oleh game futuristik itu untuk versi konsol merupakan sesuatu yang banyak pembangun akan hadapi.

“Saya sangat bersimpati dengan satu situasi yang setiap pembangun akan alami,” kata Gaben.

“Apa yang saya tahu adalah terdapat banyak gamer yang gembira dalam ruangan PC, yang mana ia dalam capaian kami. Terdapat beberapa aspek dalam game yang cukup menakjubkan, dan ia memperlihatkan hasil kerja yang mengagumkan — ia tidak adil untuk membaling batu ke arah pembangun kerana hanya dengan menampilkan sesuatu yang kompleks dan bercita-cita tinggi seperti itu adalah sesuatu yang sungguh hebat.”

Gaben turut memberikan komen terhadap tindakan Sony yang membuang Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store dan menyediakan pengembalian wang bagi mereka yang tidak berpuas hati. Gaben menyifatkan tindakan Sony itu adalah sesuatu yang ‘aneh’.

“Mereka [CDPR] memiliki sejarah panjang menghasilkan kerja yang bagus, terkenal untuk terus melabur dalam produk mereka dari semasa ke semasa dan saya jangkakan yang mereka akan terus menggembirakan pelanggan mereka,” tambah Gaben.

“Semua orang tahu kalau kamu berada dalam bisnes ini, harapan orang ramai adalah tinggi, dan kalau kamu buat dengan baik orang akan beritahu kamu dan kalau kamu gagal untuk memenuhi harapan itu mereka akan beritahu kamu — itulah yang membuatkan industri ini menyeronokkan.”

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ahli Parlimen UK Mahu Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Scalper PS5 – “Tidak Adil Kepada Pemain”

Tayangan Filem Uncharted Ditangguhkan Sekali Lagi Sehingga Februari 2022