in , , , , ,

Gabe Newell Kata Tak Perlu Perjanjian Formal Dengan Microsoft Untuk Bawa Call of Duty Ke Steam

Valve menghargai usaha Microsoft untuk terus menyokong Steam dan berkata perjanjian formal tidaklah penting untuk kerjasama kedua-dua pihak.

“Kami gembira Microsoft berusaha untuk menggunakan Steam untuk mencapai para pelanggan dengan Call of Duty apabila pengambil-alihan Activision ditutup,” kata CEO Valve Gabe Newell dalam kenyataan di Kotaku.

Gabe Newell: "Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5"

Beliau juga berkata Microsoft yang sudah berada lama dalam Steam memberikan satu pertanyaan bahawa sambutan gamer adalah positif. Pihaknya di Steam akan terus membina ciri-ciri yang berharga bukan sahaja kepada Microsoft tapi kepada semua pengguna dan rakan kongsi.

Gabe Newell juga menjelaskan Microsoft ada menghantar draf rancangan komuniti jangka masa panjang untuk mengekalkan Call of Duty di Steam. Tapi beliau mengatakan tidak perlu berbuat perkara sebegitu.

Newell berkata Valve tidak percaya dalam memperolehi mana-mana rakan kongsi melalui perjanjian formal dengan harapan untuk membawa game masuk ke Steam.

Beliau juga mengambil tahu tentang Phil Spencer dan pasukan Xbox yang selalu mengikuti komitmen dan kepercayaan mereka. Microsoft juga ada motivasi untuk meletakkan Call of Duty pada platform lain yang pemain mahukan.

Baru-baru ini, Microsoft komited untuk membawa Call of Duty ke platform Nintendo untuk 10 tahun akan datang jika pengambil-alihan Activision Blizzard berjaya. Spencer juga berkata Microsoft masih tidak mendapat kata sepakat dengan PlayStation untuk menerima syarat-syarat yang hampir sama.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Legend Kegemaran Ramai Kini Boleh Dimainkan Di Apex Legends Mobile

The Game Awards 2022: Tarikh Pelancaran Street Fighter 6 Diumumkan, Saksikan Trailer Baharu