Kini korang boleh bertanya terus kepada Gabe Newell, Presiden Valve Corporation, segala-galanya tentang apa-apa sahaja!
Baru-baru ini kecoh berkenaan isu pembangunan Half Life 3 daripada Game Informer berdasarkan sumber yang tidak boleh dinamakan. Sumber tersebut mengatakan Half Life 3 pernah cuba dibangunkan sebagai antara game real-time-strategy ataupun live-action adventure game – tetapi akhirnya hilang begitu sahaja.

Akhirnya, kita mungkin akan mendengar sendiri daripada Gabe Newell kesahihan berita ini, dan juga mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan lain. Maharaja Gaben bersetuju untuk menjawab soalan di dalam Reddit AMA* (Ask Me Anything) seperti yang disahkan oleh moderator subReddit /r/The_Gaben.
SubReddit: The_Gaben
Masa: US – 3pm PST 17 January / Malaysia, Brunei, Singapura – 7 pagi 18 Januari / Indonesia – 6 pagi 18 Januari
Ramai berpendapat artikel Game Informer berkenaan kewujudan Half Life 3 itu akan menjadi bualan hangat – namun dengan update 7.00 yang sangat besar bagi DotA 2 serta isu perjudian di dalam CS:GO, para gamers pastinya mempunyai pelbagai persoalan yang inginkan jawapan.
Jadi, jangan berlengah lagi, kunci jam, bangun awal-awal dan tanyalah soalan-soalan yang berlegar dalam kepala korang selama ini!
Comments
Loading…