Menu
in ,

Fungsi Wishlist Kini Kembali Di Laman Web PlayStation Store

Sekitar November 2020, Sony telah melancarkan laman web PlayStation Store berwajah baharu yang kelihatan sama seperti PS Store dalam konsol PS5. Walaupun kelihatan lebih kemas, tapi ada beberapa ciri berguna yang telah dibuang seperti fungsi Wishlist.

Kini, fungsi Wishlist telah kembali ke laman web PS Store. Dapat dilihat dalam screenshot di bawah, ada butang berbentuk hati (love) di sebelah butang ‘Add to Cart’.

Apabila sesebuah game atau DLC di masukkan ke dalam Wishlist, pemain akan mendapat notifikasi sekiranya terdapat diskaun sedang ditawarkan.

Untuk melihat senarai item yang ada dalam Wishlist, boleh klik butang hati di sudut kanan atas skrin.

Untuk pengetahuan, fungsi Wishlist ini sudah berada dalam PS Store di konsol PS5 sejak hari pertama pelancaran.

Ketika artikel ini ditulis, fungsi Wishlist ini masih belum dilancarkan ke dalam PS Store di konsol PS4 atau PlayStation App.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version