in , , , , ,

Fungsi Cipta Kelab Sendiri Kembali Dalam FIFA 22 Career Mode, Tambah Atmosfera Di Bilik Persalinan

Kalau dua hari lalu EA telah berkongsikan apakah pembaharuan yang bakal diperkenal ke dalam mode Pro Clubs untuk FIFA 22, mereka kini mendedahkan pula ciri-ciri baharu yang akan ditampilkan dalam Career Mode.

Dari trailer yang dikeluarkan, EA membahagikan Career Mode kepada dua: Manager Career dan Player Career.

Kebenaran untuk mencipta kelab sendiri, dengan logo, jersi, bentuk stadium dan lain-lain dengan citarasa sendiri, kini kembali dalam Manager Career — ciri yang sudah ada dalam mode Ultimate Team, yang juga dibawa ke dalam Pro Clubs pada edisi tahun ini.

Kemudian, Player Career pula akan mengambil banyak ciri yang sudah ada sekian lama dalam Pro Clubs sebelum ini, terutamanya yang berkaitan dengan sistem Player Growth.

Selain itu, Career Mode juga akan menampilkan atmosfera selepas tamat perlawanan, seperti meraikan kemenangan (atau duka kekalahan) bersama para penyokong, seterusnya membawa kita ke dalam bilik persalinan bagi melihat reaksi para pemain.

Semua ini korang boleh saksikan dalam trailer di bawah, atau baca lebih lanjut mengenainya di pautan ini.

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk PC (Origin, Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Sahkan ‘Akan Terus Melabur’ Dalam Siri Star Wars Jedi: Fallen Order

Football Manager Takkan Guna Lagi Nama Manchester United Selepas Pertikaian Tanda Dagang