Selepas Demon’s Souls, Dark Souls dan Bloodborne, FromSoftware ingin menghasilkan game baru pula!

Dalam temu ramah sebelum ini bersama Hidetaki Miyazaki, Pengarah FromSoftware – beliau menyatakan bahawa mereka tidak lagi akan menghasilkan sebarang sambungan kepada game-game mereka dari universe Demon Souls, Dark Souls dan Bloodborne!

Demons Souls

Dalam satu temu ramah terkini bersama sebuah laman web Taiwan, GNN Gamer, Miyazaki-san telah menjelaskan “kebarangkalian untuk sebarang game Souls dihasilkan adalah amat rendah, tiada pembangunan bagi game tersebut dalam jadual FromSoftware dan saya sendiri secara peribadi ingin beralih kepada game lain”.

“Dark Souls 3 akan terus mendapat DLC seperti game-game kami sebelumnya. Tapi tiada sebarang rancangan untuk sekuel, spin-offs mahupun tie-ins!”

Dark Souls 3

“Jadi, daripada membuat sekuel kepada siri sedia ada, kami merasakan tiba masanya untuk beralih arah. Pembikinan IP (Intellectual Property) baharu sudahpun dimulakan,” kata Miyazaki-san lagi.

Agak mustahil bagi IP / title baharu ini adalah projek seperti Souls ataupun Bloodborne. “Kami mahu mencuba benda baru,” ujar Miyazaki-san lagi.

bloodborne-evil-forest
Mana kita nak pergi lepas ni? Jalan aje laaa..

Walaubagaimanapun, Bandai Namco masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. Miyazaki-san pernah berkata francais Souls ini masih akan diteruskan, walaupun FromSoftware tidak lagi berminat untuk mengusahakannya.

JomKomen!