in ,

FromSoftware Dilaporkan Sedang Bikin Game Eksklusif PS5, Bukan Bloodborne Atau Demon’s Souls

FromSoftware kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah francais game baharu, eksklusif untuk PS5.

Perkara ini dilaporkan oleh @shpeshal_nick dalam podcast XboxEra (via The Game Post).

Apabila dibangunkan oleh FromSoftware, tentunya studio ini akan menggunakan kepakaran mereka untuk membikin sebuah game yang seumpama Dark Souls, namun laporan ini mengatakan yang ia tiada kaitan dengan dua lagi francais eksklusif PlayStation, iaitu Bloodborne atau Demon’s Souls.

Dalam kata lain, FromSoftware sedang membangunkan sebuah game dari hak intelek (IP) baharu. Nick juga menyatakan yang pencipta kepada siri game Dark Souls, Hidetaka Miyazaki turut terlibat dalam projek ini.

“Ia dipercayai saya rasa game eksklusif PS5 ini lebih dekat dengan Souls daripada Elden Ring/Sekiro,” kata Nick.

Apa-apa pun, seperti biasa, ia masih dalam status khabar angin selagi belum diumumkan secara rasmi, maka jangan terlalu meletakkan harapan. Sama-sama kita nantikan sebararang pengumuman daripada Sony dan FromSoftware.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas Banyak Gameplay Tertiris Dari Sesi Percubaan, Battlefield 2042 Keluarkan Gameplay Dalam Tekstur Penuh

Pokemon Presents 2021 – 2 Game Baru Diumumkan, Juga Kemaskini 4 Game Sedia Ada