in , , , ,

“Free Roam” Dalam Online Akan Ditambah Ke Dalam Need For Speed Payback Tidak Lama Lagi

Kemaskini yang akan datang untuk Need For Speed Payback akan membawakan kembali online free roam. Ini sebagai tanda pemberian hadiah tahun baru dari pembangun Ghost Games kepada peminatnya.

Korang mungkin akan terfikir, “Bukan itu dah ada ke dalam Need For Speed 2015?” Jawapannya adalah, ya, memang ada. Antara game itu (NFS 2015) dan pelancaran Payback pada bulan November 2017, Ghost Games telah memotong fungsi tersebut dan juga keperluan untuk sentiasa online.

Tidak pasti bilakah pemain boleh jangkakan fungsi itu akan membuat kemunculan. Kita juga ditinggalkan dalam keadaan tertanya-tanya jika kemunculan online free roam telah dirancang sejak dari mula atau jika ia adalah respon secara terus untuk melakukan pra-pelancaran terhadap maklum balas dari peminat. Walau bagaimanapun, pasti peminat akan mengalu-alukannya.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Adalah Game Ke-9 Yang Akan Dipertandingkan Dalam Malaysia Cyber Games 2018 [KEMASKINI]

Veteran Siri Uncharted Umum Keluar Dari Naughty Dog, Mungkin Untuk Sertai Pembangunan Game Avengers