Franck Ribery Ketawakan Wajahnya Sendiri Dalam FIFA 20 - PES 2020 Cuba 'Tenangkan' Keadaan

Zaman kegemilangan Franck Ribery mungkin sudah berakhir pada ketika ini. Musim ini, beliau baru sahaja berpindah dari Bayern Munich ke Fiorentina.

Bukan lagi seorang pemain bintang sebut-sebutan dunia, maka, mungkin sebab itulah EA Sports tidak ambil peduli tentang ketelitian wajah beliau dalam siri game bola sepak terbaru keluaran mereka, FIFA 20.

Dalam tweet terbaru yang dikeluarkan Ribery, beliau telah memuatnaik screenshot wajahnya dalam FIFA, dan beliau tertawa melihatnya. Sememangnya wajah yang berbeza sama sekali jika dibandingakn dengan wajah sebenar terkini beliau.

Kata Ribery: “Main FIFA 20 dengan anak-anak baru-baru ini. Hey EA Sports… Siapa dia ini?”. Ketika artikel ini ditulis, tweet tersebut berjaya mendapat lebih daripada 14 ribu retweet dan lebih 68 ribu likes.

Apa yang menariknya ialah apabila akaun Twitter rasmi Pro Evolution Soccer telah membalas tweet tersebut dengan memuanaik screenshot wajah Ribery dalam PES 2020 yang sememangnya cukup realistik. Giliran Konami pula berseloroh dengan berkata: “Hey Franck! Kenal siapa dia ini?”

Maaf peminat tegar FIFA, saban tahun, pasti wajah pemain dalam FIFA akan jauh ketinggalan berbanding wajah pemain dalam PES yang sungguh bagus.

JomKomen!