Bukan kaleng-kaleng penangan The Witcher di Netflix ini.
Beberapa hari lepas, Netflix telah melancarkan siri terbaru mereka yang diadaptasi dari siri buku The Witcher hasil penulisan Andrzej Sapkowski. Ternyata, siri ini begitu hebat sehinggakan ribuan gamers sama ada kembali bermain atau mula bermain The Witcher 3: Wild Hunt – episod terakhir dalam francais video game The Witcher yang dibangunkan CD Projekt Red.
Game tersebut (termasuk versi GOTY) mencatatkan sejumlah 48 ribu pemain serentak di Steam, jumlah yang pernah dicatat sekitar Jun 2016 apabila DLC Blood and Wine dilancarkan.
Jumlah pemain di PlayStation 4 dan Xbox juga turut menyaksikan peningkatan populariti angkara siri The Witcher di Netflix itu.
Sejumlah sejuta gamer telah memainkan The Witcher 3: Wild Hunt sepanjang bulan Disember setakat ini – agak menakjubkan bagi sebuah game yang dilancarkan pada tahun 2015!
Game pertama, The Witcher (2007) dan kedua, The Witcher 2: Assassins of Kings (2011) di Steam turut menyaksikan kenaikan jumlah gamer yang ingin menelusuri kembali alkisah Geralt of Rivia dan mungkin cuba memahami dunia The Witcher dengan lebih mendalam.
Hebat betul. Nasihat kitorang, kalau nak lebih memahami dunia The Witcher, korang mainlah game-game tersebut. Atau, untuk penyelesaian lebih low-tech, baca buku-bukunya.
Comments
Loading…