CD Projekt Red telah mengumumkan satu kejayaan yang baru dicapai dalam francais game The Witcher terbitan syarikat yang berpangkalan di Poland itu.
Francais game The Witcher yang dibangunkan CDPR kini telah terjual lebih daripada 50 juta unit. Daripada bilangan tersebut, lebih 30 juta unit datang daripada jualan The Withcer 3: Wild Hunt sahaja.
Game The Witcher terbaharu yang bakal dilancarkan CDPR ialah The Witcher: Monster Slayer, iaitu game mobile bergenre augmented-reality (AR). Senang cerita, game ini akan mengangkat pemain sebagai seorang Witcher ke merata lokasi untuk menangkap dan menghapuskan raksasa seumpama Pokemon Go.
September lalu, ia sudahpun boleh dimainkan pengguna iOS di Malaysia, dan sekarang mereka telah membuka pra-pendaftaran untuk pengguna Android.
Comments
Loading…