in

Francais Crysis Akan Dihidupkan Semula Oleh EA? Crytek Mula Mengacah Sesuatu?

Ada yang sudah terlupa dengan francais game Crysis? Sebuah siri game first-person shooter yang menggunakan tema futuristik — masih ingat?

Francais ini telah senyap selepas pelancaran game terakhirnya, iaitu Crysis 3 pada 2013 yang pada ketika itu dikeluarkan untuk PC, PS3 dan Xbox 360.

Dan secara tiba-tiba, akaun rasmi Twitter game ini telah berkicau dengan berkata “Receiving Data” (sedang menerima data). Untuk makluman, kali terakhir akaun tersebut berkicau adalah pada Disember 2016.

Para peminat setia telah terkejut dan mula teruja apabila membaca tweet ini. Ramai yang sudah mula berspekulasi bahawa francais game ini sedang dihidupkan semula oleh EA dan Crytek.

Apakah makna sebenar daripada tweet ini masih belum kita ketahui. Sekiranya sebuah game baharu sedang dibangunkan — apakah ianya adalah sekuel, reboot, remaster atau remake?

Sama-samalah kita nantikan apakah pengumuman seterusnya daripada mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Resident Evil 4 Remake Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Capcom

Resident Evil 4 Remake Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Capcom

Main Banyak Demo Game Baru Di Steam - Game Festival Kembali Pada Jun Ini

Main Banyak Demo Game Baru Di Steam – Game Festival Kembali Pada Jun Ini