in ,

Fractured Lands: Apabila Mad Max ‘Berlanggar’ Dengan PUBG Dalam Mode Battle Royale

Fractured Lands ialah game battle royale terbaru yang bertemakan pasca-apokalips yang hadir dari pembangun Unbroken Studios (yang menghimpunkan para pekerja yang mana sebelum ini pernah menghasilkan siri game seperti Call of Duty, Medal of Honor dan Battlefield).

Game ini akan memerlukan pemain untuk memburu lawan sama ada dengan menggunakan senjata di tangan korang atau dengan menaiki kereta korang yang boleh diubah suai sambil merempuh pihak lawan. Malah, kenyataan mengenai game ini di Steam store juga mengatakan bahawa game ini akan memfokuskan kepada pertempuran di atas roda, “Your car, is your lifeline, your greatest weapon, strongest armor.” 

Game ini akan dilancarkan dalam Early Access pada bulan Julai 2018, tapi korang boleh mula mendaftar untuk mengambil bahagian dalam sesi beta tertutup di laman web rasmi mereka. Sesi beta akan dijalankan pada 8, 22 dan 29 Jun, walau bagaimanapun tiada indikasi yang mengatakan berapa banyak kod yang akan boleh didapati. Malah, tidak banyak yang boleh diketahui mengenai game ini selain ia mengambil inspirasi dari Borderlands dan Mad Max.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Assassin’s Creed Odyssey Diumumkan, Saksikan Trailer Acah Yang Memperlihatkan Sepakan Sparta

BBC Sport Akan Menayangkan Piala Dunia Dalam Realiti Maya, Boleh Gunakan Headset PlayStation VR