in , ,

Fortnite Untuk Android Mungkin Akan Ekskslusif Buat Sementara Waktu Untuk Samsung Galaxy Note 9

Sumber gambar: 9to5google

Fortnite untuk Android tidak lama lagi?

Sumber gambar: 9to5google.

Fortnite mungkin adalah game yang paling mudah diakses oleh mana-mana lapisan gamers. Korang boleh mainkan di PC, konsol, handheld dan juga mobile.

Namun, untuk mobile, buat masa ini, Epic Games hanya melancarkannya di iOS sahaja, dan sebelum ini mengatakan yang versi Android akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Terbaru, menurut laporan 9to5Google dan XDA Developers, Fortnite di Android kemungkinan akan dilancarkan terlebih dahulu di Samsung Galaxy Note 9 dan menjadi eksklusif buat sementara waktu di peranti itu selama 30 hari sebelum ia dilancarkan ke mana-mana peranti Android lain.

Buat masa ini Samsung masih belum mengumumkan secara rasmi bilakah Galaxy Note 9 akan dilancarkan, namun khabar angin kuat mengatakan yang peranti terbaharu ini akan keluar pada 24 Ogos ini. Bermakna, sekiranya laporan ini benar, pengguna Android lain sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga akhir September untuk akhirnya mencuba Fortnite di peranti Android masing-masing.

Galaxy Note 9 turut dilaporkan akan membuka jualan pra-tempah pada 14 Ogos ini. Dan apa yang lebih menarik adalah setiap pra-tempah ini akan dihadiahkan dengan V-bucks (matawang dalam Fortnite yang boleh dibelanjakan untuk membeli bermacam kandungan kosmetik), skin, serta beberapa bonus pra-tempah lain.

Secara spesifiknya, kedua-dua laporan ini menyatakan yang Samsung akan menawarkan V-bucks yang bernilai kira-kira antara USD100 (RM406) hingga USD150 (RM609).

Amacam, geng? Kalau laporan ini benar, adakah korang akan melakukan pra-tempah untuk Samsung Galaxy Note 9?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tentera Amerika Akan Adakan Pertandingan Street Fighter V Di Pangkalan Tentera Dan Akan Ada Livestream Di Twitch

Pengarah Filem Rasmi Uncharted Puji Filem Pendek Uncharted Rekaan Peminat Lakonan Nathan Fillion

Pengarah Filem Rasmi Uncharted Puji Filem Pendek Uncharted Rekaan Peminat Lakonan Nathan Fillion