in ,

Fortnite Untuk Android Kemungkinan Besar Tidak Akan Masuk Google Play Store

Menghitung hari.

Walaupun Epic Games masih belum lagi mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran Fortnite untuk Android, tapi kita semua sudah dapat merasakan yang ia bakal tiba dalam masa terdekat.

Terbaru, satu lagi info baru telah muncul. Kemungkinan besar, Fortnite untuk Android tidak akan masuk ke dalam Google Play Store. Sebaliknya, para pemain yang ingin bermain game ini perlu memuat-turunnya dari laman web rasmi Epic Games melalui browser.

XDA-Developers telah menemui satu data dalam laman web tersebut yang memberikan arahan bagaimana untuk memuat-turun Fortnite di Android. Malah, ada imej telah ditemui yang menyatakan kepada para pemain untuk memberikan kebenaran untuk memuat-turun aplikasi ini dari laman pihak ketiga.

Berbeza dengan platfrom iOS, Android merupakan satu platform terbuka yang boleh memuat-turun apa-apa aplikasi dari sumber luar.

Sama-sama kita nantikan bagaimana Fortnite akan dilancarkan sebenarnya di Android apabila ia dilancarkan pada tahun ini kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Korang Tak Perlukan Langganan PS Plus Untuk Bermain GTA Online Dari Sekarang Sehingga Minggu Hadapan

Pemilihan Pemain Ke-4 Wakil Negara Akan Diadakan Sehari Sebelum PES SEA Finals 2018 Di Kuala Lumpur