Season 8 untuk Fortnite Battle Royale telahpun bermula semalam. Seperti musim-musim sebelum ini, Epic Games membawakan pelbagai perubahan dan pembaharuan dalam game ini — seperti bermacam kosmestik baru, perubahan kepada map, senjata dan item baru.

Kami telahpun mencuba dan melihat apakah pembaharuan yang dibawakan kali ini. Salah satu pembaharuan yang diperkenalkan dalam kemaskini terbaru ini adalah sistem ping — satu sistem yang seakan sama dalam Apex Legends yang kami katakan sebagai mekanisme yang sangat bijak untuk para pemain berkomunikasi.

Untuk Fortnite, korang boleh menekan butang d-pad kiri (di controller) untuk meng-ping sesuatu. Seperti juga dalam Apex Legends, pemain bukan sahaja boleh ping kawasan yang ingin dituju atau ping musuh yang kelihatan, malah boleh juga ping senjata/item untuk memberitahu rakan sepasukan sekiranya mereka berminat.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan Apex Legends, Fortnite tidak memberitahu apakah senjata/item yang di-ping di kill-feed. Mungkin Epic Games boleh menambahnya pada masa akan datang.

Pada hemat kami, “tiru-meniru” ini adalah perkara yang biasa dalam industri ini. Ia sangat baik untuk sesuatu game itu berkembang dan terus bertahan serta tidak berada di takuk lama — asalkan mereka “meniru” secara sihat.

JomKomen!