Sama ada korang suka ataupun tidak, Fortnite telah menjadi trendsetter kepada banyak game lain sepanjang tahun 2018. Banyak fungsi yang pertama kali diperkenalkan dalam Fortnite, telah diikuti oleh pembangun-pembangun game lain.

Apabila 2019 membuka tirai, kita telah dikejutkan dengan Apex Legends. Di sebalik ia juga merupakan sebuah game bergenre battle royale, Apex Legends telah memperkenalkan beberapa fungsi dan mekanisme yang belum pernah dibawakan dalam mana-mana game battle royale sebelum ini, antaranya sistem respawn.

Dalam review Apex Legends oleh JomGaming, kami mengatakan yang “melalui kehadiran sistem Recovery ini, ia telah menambah satu rencah baru ke dalam genre battle royale.”

Dan nampaknya, sistem respawn ini mungkin akan diperkenalkan pula ke dalam Fortnite. Semasa AMA yang diadakan oleh Epic Games di Reddit pada minggu lalu, ada yang bertanyakan adakah sistem respawn akan dimasukkan ke dalam Fortnite, dan ini jawapan daripada penerbit Epic Games:

“Kami telah mempertimbangkan mekanisme ini sudah lama dan kami telah memperlihatkannya. Kami mahu pastikan yang kami memberikan masa yang diperlukan dan memahami secara penuh impaknya kepada game secara keseluruhan. Nantikan info lanjut semasa Season 8.”

Season 8 untuk Fortnite akan bermula pada hari esok, 28 Februari 2019.

Jadi, apa pandangan korang? Apakah Fortnite perlu untuk memperkenalkan sistem respawn ini? Bagaimana ia akan mempengaruhi gameplay-nya nanti?

JomKomen!