Jangan panik, mereka sedang membaiki isu ini!
Epic Games telah mengeluarkan satu kenyataan di forum rasminya berkenaan beberapa isu yang sedang melanda Fortnite Battle Royale. Sesetengah pemain akan mengalami masalah dengan inventori, simpanan Storm Shield atau pembelian V-Buck (beli dengan matawang sebenar) yang tidak berjaya.
Epic Games menyatakan bahawa mereka sedang berusaha keras untuk memperbaiki isu ini, dan selepas semuanya selesai, mereka akan memberikan beberapa ganjaran dan pampasan, termasuk V-Buck yang sama banyak atau lebih daripada apa yang pemain telah beli semasa menghadapai isu ini.
Walau bagaimanapun, Epic tidak berani ingin meletakkan sebarang tarikh bilakah isu ini akan dapat diselesaikan, serta mengatakan ia menjadi keutamaan mereka untuk menyelesaikannya.
Kepada korang yang menghadapi isu ini, harap bersabar ya.
Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Mode High Explosives Akan Ditambah Ke Dalam Fortnite Battle Royale Pada 28 Disember Ini
Comments
Loading…