Setelah menyajikan 10 musim dengan jayanya, Fortnite pastinya akan membawakan sesuatu yang menyegarkan untuk musim kesebelas tidak lama lagi.

Daripada satu laporan terbaru yang mana App Store untuk pasaran Itali nampaknya telah secara tidak sengaja memperlihatkan musim terbaru dalam Fortnite dengan terlalu awal daripada yang sepatutnya. Ramai pengguna App Store Itali telah mengesahkan perkara ini.

Daripada dua imej yang dimuatnaik, kita dapat melihat bahawa Fortnite bakal dijenamakan semula kepada Fortnite: Chapter 2 (“Fortnite: Capitolo 2” dalam bahasa Itali). Malah, melalui imej ini, ramai yang sudah berspekulasi apakah yang ada dalam poster tersebut, antaranya seperti map baru, kostum default baru, kehadiran bot di permukaan air, rumah api, Tilted Town yang baru, awan dan banyak lagi.

So apparently this image is on the Italian App Store, if you have the Italian App Store can you confirm this is real? Iā€™m very skeptical about this [Spoiler] from FortNiteBR

Tidak lama sahaja lagi sebelum pelancaran Season 11 untuk Fortnite. Satu acara secara langsung besar-besaran akan diadakan dalam game pada tengah malam ini, iaitu 13 Oktober, pukul 2 pagi.

Sama-sama kita saksikan nanti.

JomKomen!