in , ,

Fortnite: Save the World Kini Juga Telah Dilancarkan Di PlayStation Store Asia (R3), Ada Diskaun 50%

Dah bosan asyik Victory Royale? Kita tumpaskan zombi pula.

Fortnite Battle Royale sememangnya satu fenomena global. Tapi, apa yang ramai tak tahu adalah game ini mula dilancarkan dengan mode PvE melawan zombi, digelar Fortnite: Save the World, sebelum melancarkan mode Battle Royale dua bulan selepas itu.

Minggu lalu, setelah menunggu sekian lama, Epic Games akhirnya melancarkan Fortnite Battle Royale di PlayStation Store rantau Asia (R3) secara rasmi. Namun, pada ketika itu, ia masih belum melancarkan mode Save the World ke dalam PS Store Asia ini.

Terbaru, mereka telahpun melancarkan Fortnite: Save the World di PS Store Asia dengan empat edisi yang kini korang boleh dapatkan dengan diskaun sebanyak 50%. Di bawah adalah empat edisi tersebut (klik link untuk pergi ke laman jualannya terus):

Harga dengan diskaun 50% hanya boleh didapatkan sehingga 31 Julai ini sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

JomBaca: Fortnite Mungkin Akan Memperkenalkan Skin Untuk Kenderaan ATK Yang Baru Ditambah

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES 2019 Tersalah Letak Salah, Firmino Dan Mane Di Kelab Arsenal Dan Manchester United Dalam Satu Tweet

Wonderkid PES Indonesia, Rizky Faidan Tidak Akan Bertanding Di Sukan Asia 2018 Kerana Tidak Melepasi Had Umur