in , , , , , , ,

Fortnite Raikan Ulang Tahun Pertama Dengan Event Dan Barangan Eksklusif Dalam Game

Selamat hari lahir, Fortnite!

Fortnite Battle Royale dilancarkan pada 26 September 2017. Namun, apa yang kebanyakan pemain tidak tahu adalah Fortnite: Save the World (PvE) telah dilancarkan dua bulan sebelum itu, iaitu pada 25 Julai 2017.

Jadi, bagi meraikan ulang tahun pertama Fortnite ini, Epic Games mengumumkan event eksklusif yang bakal menghadiahkan barangan dalam game yang menarik, bertemakan ulang tahun ini — dalam kedua-dua mode Battle Royale dan Save the World.

Bermula 24 Julai ini, para pemain Battle Royale akan disediakan dengan 3 Challenge baru, yang mana setiap Challenge akan ada hadiahnya, dan apabila ketiga-tiganya siap, satu lagi barangan akan diberikan. Di bawah adalah Challenge tersebut berserta hadiah masing-masing:

  • Berikan 1,000 damage kepada pihak lawan untuk unlock Fortnite Birthday! Emoticon
  • Menari di 10 Birthday Cakes berbeza untuk unlock Happy Birthday! Spray
  • Mainkan 14 perlawanan untuk unlock 5,000 XP
  • Siapkan kesemua 3 Challenge untuk mendapatkan Birthday Cake Back Bling

Untuk pemain Save the World pula, lengkapkan Fortnite Birthday questline dalam mode ini untuk dapatkan Birthday Brigade Ramirez Hero.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One, iOS dan Switch secara percuma, manakala Fortnite Save the World boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Celcom Beri 3GB Data Percuma Setiap Bulan Untuk Mainkan Arena of Valor!

Keuntungan Tahunan Microsoft Xbox Lepasi USD10 Billion, Jumlah Pengguna Xbox Live Meningkat!