in , , , , ,

Fortnite Perkenalkan Minigun, Ganjaran Akan Diberi Kerana Pelbagai Masalah Timbul

Fortnite belum kembali pulih sepenuhnya.

Semasa Epic Games mengeluarkan kemaskini v2.3.0 dalam Fortnite yang bawakan Chug Jug, pelbagas isu dan bug telah timbul. Antaranya ialah masalah untuk log masuk ke dalam game, masalah lagging, masalah membina kubu dan macam-macam lagi.

Terbaru, selain sedang cuba untuk membaiki semua masalah ini sepenuhnya, Epic telah mengumumkan yang mereka bakal menggantikan masa yang dirugikan itu dengan sedikit ganjaran. Untuk pemain Battle Royale, 20 Battle Stars akan diberikan, manakala untuk pemain Save the World, 1600 Seasonal Gold akan diberikan.

Ganjaran ini akan diberikan selepas mereka melancarkan kemaskini v2.4.0 sekitar hari ini. Apa pula pembaharuan yang bakal diperkenalkan dalam kemaskini kali ini?

Kemaskini terbaru ini akan bawakan senjata baru, iaitu Minigun. Ia akan ditemui di dalam Chest dan Supply Drop, menembak selaju SMG dan menggunakan Light Ammo.

Antara perubahan yang dilakukan adalah mereka kini mengurangkan peluang untuk mendapatkan Suppressed Pistol Epic (warna ungu) sebanyak 20% dan Legendary (warna emas) sebanyak 33%.

Korang boleh baca nota patch penuh untuk kemaskini v2.4.0 di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Star Wars Oleh Respawn Entertainment Akan Dikeluarkan Antara April 2019 Ke Mac 2020

PUBG Dilaporkan Telah Meraih Sebanyak $712 Juta Dalam Masa 8 Bulan