Kepadamu kekasih…
Minggu yang baru, kemaskini yang baru untuk Fortnite. Epic Games baru sahaja mengeluarkan nota patch baru – mendedahkan apakah pembaharuan yang akan dibawakan ke dalam kedua-dua mode, Battle Royale dan Save the World.
Fortnite Battle Royale akan memperkenalkan satu lagi senjata baru, iaitu Crossbow. Busur silang ini akan menyajikan serangan terhadap pemain lawan dengan gerakan yang lebih senyap, dan apa yang paling menarik adalah ia tidak memerlukan sebarang penambahan ammo (unlimited ammo).
Aim for the 💜 pic.twitter.com/2TVMkUMELf
— Fortnite (@FortniteGame) February 7, 2018
Untuk mode Save the World pula, ia ditambah dengan Quest bertemakan Hari Kekasih. Kata Epic, minggu ini hanyalah kemaskini yang ringan, yang mana lebih banyak kandungan Hari Kekasih akan dibawakan pada minggu-minggu akan datang dalam mode PvE ini.
Korang boleh baca nota patch penuh untuk kemaskini 2.4.2 ini di sini.
Comments
Loading…