in , , , , , ,

Fortnite Mungkin Memperkenalkan Mode ‘Tanpa Building’ Secara Kekal

Penulis masih ingat lagi betapa seronoknya bermain Fortnite bersama rakan-rakan ketika di awal pelancarannya.

Hinggalah pada suatu ketika, di mana muncullah para pemain yang terlalu pantas membina kubu atau building, membuatkan kami, yang tidak berapa handal membuat building dengan begitu laju, meninggalkan Fortnite kerana seolah-olah Fortnite bukan lagi sebuah game shooter, tapi lebih kepada sebuah game yang siapa lagi cepat building.

Fortnite baru sahaja melancarkan Chapter 3 Season 2, di mana Epic Games telah memperkenalkan default mode yang membuang mekanisme building sama sekali. Mekanisme itu masih boleh dimainkan dalam mode Competitive dan Creative.

Daripada trailer sinematik yang dikeluarkan, mekanisme building itu kononnya telah dimatikan oleh sekumpulan penjajah dari angkasa lepas. Oleh itu, ramai menjangkakan pembuangan mekanisme building daripada default mode ini hanyalah sementara, semata-mata untuk menghangatkan kisah yang dipaparkan dalam video sinematik itu.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan terbaharu, Fortnite mungkin akan menampilkan mode yang tiada building ini secara kekal.

Penggali data Fortnite terkenal, @TweaBR telah menemui beberapa mode yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Antara nama mode itu adalah ‘Solo – No Build Battle Royale’. Bukan sahaja Solo, nama dan mode yang serupa juga ditemui untuk Duos, Trios dan Squads.

Ini bermakna, selepas ini, sekiranya laporan ini sahih, para pemain akan diberi peluang untuk masuk ke dalam matchmaking yang mempunyai mekanisme building ataupun tidak.

Sekiranya ura-ura benar, ini bukanlah kali pertama Fortnite membiarkan sesuatu LTM (mode waktu terhad) menjadi mode kekal dalam game. Banyak LTM sebelum ini yang kini sudah menjadi mode kekal dalam Fortnite.

Khabar angin ini sudahpun menimbulkan perbualan hangat dalam kalangan peminat Fortnite. Ada yang menganggap pengenalan mode tanpa building ini nanti akan memecahkan komuniti Fortnite sehingga membuatkan matchmaking lebih sukar dan mengambil masa lebih lama untuk bertemu pemain.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan pengekalan mode ini kerana berpendapat building itu sendiri merupakan mekanisme asli yang membuatkan Fortnite itu sendiri unik.

Apa pula pandangan korang? Setuju atau tidak dengan pengenalan mode tanpa building ini secara kekal?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Dalam Pembikinan, Dapat ‘Pengajaran Berharga’ Daripada Battlefield 2042

EA Sports FC Adalah Nama Baharu Untuk Game FIFA, Kata Laporan