in , , , , , , ,

Fortnite Mungkin Akan Memperkenalkan Skin Untuk Kenderaan ATK Yang Baru Ditambah

Lebih banyak pilihan untuk membelanjakan Vbucks?

Fortnite menyajikan kepada para pemain dengan pelbagai skin untuk mereka beli. Antara skin yang boleh dibeli dalam game battle royale popular ini sekarang adalah outfit, pickaxe dan glider — tidak termasuk Battle Pass yang menawarkan lebih banyak kosmetik.

Terbaru, ada laporan yang mengatakan Epic Games akan memperkenalkan skin untuk kenderaan yang baru sahaja mereka lancarkan dalam Season 5, iaitu ATK.

Menurut datamine yang dilakukan kepada fail-fail terbaru dalam game ini telah menemui fail yang dinamakan sebagai ‘Vehicle Decorations’. Daripada nama ini, ramai menjangkakan yang ia adalah skin yang bakal ditambah untuk ATK (atau mungkin juga troli). Lebih menarik, skin pertama yang mungkin akan dilekatkan ke kenderaan ini ialah fail yang dinamakan sebagai ‘Llama Mesh’.

https://twitter.com/FNBRLeaks/status/1018779055653564416

Pastinya, kita belum tahu lagi bilakah, sekiranya laporan ini benar, skin untuk kenderaan ini akan ditambah ke dalam Fortnite.

ATK merupakan kenderaan kedua, selepas troli, yang ditambah ke dalam Fortnite.  Ia boleh memuatkan empat pemain dan bumbungnya bertindak sebagai bounce pad.

JomBaca: Akaun Rasmi ESL Perli Skin Baru Dalam Fortnite Yang Sama Seperti Operator Dalam Rainbow Six Siege

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Filem Uncharted Ciptaan Nathan Fillion Bawakan Penjarahan Portugis Ke Atas Melaka – Harta Karun Hilang Paling Berharga Dalam Sejarah

Pengarah Filem Metal Gear Kata Info Baru Tentang Filem Ini Akan Dikongsi Dalam Masa Terdekat