in , , , , ,

Fortnite Mula Mengacah Season 4, Mungkin Bertemakan Adiwira

Sudah bersedia untuk Season 4 dalam Fortnite?

Para pemain Fortnite Battle Royale pasti sudah tahu bahawa minggu ini adalah minggu kesepuluh dan terakhir untuk Season 3. Bermula minggu hadapan, iaitu dijangka pada 1 Mei ini, Fortnite akan memasuki ke Season 4.

Terbaru, Epic Games telah mengacah para pemain dengan sekeping gambar yang mungkin memberikan satu maklumat tetapi menimbulkan pula seribu persoalan. Gambar tersebut memaparkan seakan-akan meteor sedang bergerak dan terdapat sebuah wajah seorang lelaki memakai topeng seperti seorang adiwira.

Kapsyen yang diletakkan untuk gambar ini adalah “Battle. Adapt. Win. Season 4 Coming Soon.”

Sekiranya korang adalah pemain tegar Fortnite, pasti korang tahu tentang teori meteor yang menyelubungi komuniti game ini sejak beberapa minggu yang lalu. Pelbagai klu dan tanda-tanda yang membawa kepada kemusnahan map kini, terutamanya kawasan Tilted Towers oleh jatuhan meteor.

Sebelum ini, kita hanya dapat melihat meteor yang bergerak di langit sahaja, tetapi semalam, meteor ini sudahpun mula jatuh ke tanah dan memberikan impak bunyi dan damage kepada para pemain serta memusnahkan beberapa binaan seperti rumah dan pokok. Korang boleh saksikan dalam video di bawah:

Dengan Avengers: Infinity War sedang hangat dimainkan di pawagam sekarang, Epic Games mungkin ingin mengambil kesempatan ini untuk membawakan demam tema adiwira ke dalam game mereka.

Apa pendapat korang?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tencent Akan Bawakan Fortnite Ke China, Melabur Separuh Daripada RM58 Juta Untuk Esport

PlayStation Asia Umumkan Edisi-Edisi Marvel’s Spider-Man, Standard Digital Berharga RM199