Semalam, Epic Games telah mengeluarkan kemaskini 7.30 untuk Fortnite. Antara kandungan baru yang dibawakan ialah Chiller Grenade dan kembalinya mode waktu terhad, Solid Gold.

Tapi, ada satu fungsi baru yang lebih menarik untuk kita ketahui, iaitu untuk platform mobile, pemain kini boleh main menggunakan bluetooth controller. Epic telah menyenaraikan apakah bluetooth controller yang serasi (compatible) dengan peranti-peranti iOS dan Android:

  • Android: hampir kesemua Bluetooth controller adapters, seperti Steelseries Stratus XL, Gamevice, XBox1, Razer Raiju, dan Moto Gamepad
  • iOS: MFi controllers, seperti Steelseries Nimbus dan Gamevice

Apabila controller telah berjaya disambung, fungsi gegaran (vibration) di telefon pintar akan dimatikan.

Jadi, sesiapa yang suka bermain Fortnite di peranti mobile, dan juga ada bluetooth controller, bolehlah cuba fungsi terbaru ini. Lebih mudah untuk mendapatkan Victory Royale selepas ini!

JomKomen!