Harap bersabar ya pengguna Android.
Epic Games telah mengumumkan bahawa Fortnite Mobile kini sudah boleh dimainkan oleh semua pengguna di iOS. Sebelum ini, sejak mode battle royale ini dilancarkan di platform mobile, ia memerlukan pemain mendaftar dan menunggu jemputan (invitation) daripada Epic untuk mendapat akses ke dalam game.
Terkini, semua pemain boleh bermainnya tanpa sebarang jemputan diperlukan.
No invite needed – Fortnite is now open everywhere on iOS. Grab your friends and jump in now! https://t.co/qU3S8QAQ9K
— Fortnite (@FortniteGame) April 2, 2018
Walau bagaimanapun, seperti yang kami telah laporkan sebelum ini, bukanlah ‘semua’ pengguna iOS boleh bermain Fortnite Mobile. Di bawah adalah senarai peranti iOS yang boleh bermain dan yang tidak boleh bermain Fortnite Mobile.
Works with: iPhone SE, 6S, 7, 8, X; iPad Mini 4, Air 2, 2017, Pro.
Fortnite DOES NOT support: iPhone 5S, 6, 6 Plus; iPad Air, Mini 2, Mini 3, iPod Touch
— Fortnite (@FortniteGame) April 2, 2018
Bagi pengguna Android, Epic mengatakan yang ia akan dikeluarkan ke platform itu dalam beberapa bulan akan datang.
Kami telah mencuba Fortnite Mobile, dan merasa amat kagum dengan fungsi cross-platform yang diperkenalkan ke dalam game ini.
Comments
Loading…